Program Webinar Mengenali Scammer & Penipuan Digital – 13 September 2026
14 September 2026 | Aktiviti TerkiniProgram Webinar Mengenali Scammer & Penipuan Digital telah berjaya dilaksanakan pada 13 September 2026 di NADI Pekan Kubu Gajah dengan penyertaan ahli NADI daripada pelbagai lapisan umur. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman penipuan digital yang semakin berleluasa serta memberikan pendedahan tentang pelbagai taktik yang sering digunakan oleh scammer seperti panggilan telefon palsu, mesej dan pautan mencurigakan, penipuan pembelian dalam talian serta penyamaran sebagai agensi kerajaan atau institusi kewangan.
Sepanjang webinar, peserta turut diberikan panduan untuk mengenal pasti tanda-tanda awal sesuatu penipuan, melindungi maklumat peribadi, mengamalkan penggunaan kata laluan yang kukuh serta pengesahan dua faktor (2FA) bagi meningkatkan keselamatan akaun digital. Diharapkan penganjuran webinar ini dapat melahirkan masyarakat yang lebih berwaspada, celik digital dan bertanggungjawab dalam menggunakan teknologi, sekali gus membantu mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: